Gambar Suasana Di Singapore Street
Sedikit Maklumat Tentang Singapore Street :
Kedudukannya hanya terletak pada laluan kira-kira 100 meter panjang tetapi ia begitu popular bukan saja dalam kalangan penduduk di negeri ini, malah negeri berhampiran kerana keunikannya menjual 1001 barangan keperluan harian pada harga rendah dan munasabah.
‘Singapore Street’ yang terletak di tengah-tengah bandar ini begitu unik kerana deretan 14 kedai lama itu menjual aneka barangan termasuk keperluan harian yang dijual secara runcit dan borong hingga menyebabkan ia bagaikan sebuah pusat beli-belah.
Antaranya alat tulis, barangan plastik, aluminium, pinggan mangkuk, percetakan, barangan elektrik, barang mainan, permainan komputer, alat perhiasan diri dan ringkasnya semua barangan terdapat di situ termasuk keperluan untuk semua bangsa.
Singapore Street dikatakan dibuka sebelum Perang Dunia Kedua, malah ada premis di situ yang mencecah usia seabad.
Lokasinya terletak di belakang Wisma Dewan Perniagaan Melayu Negeri Sembilan iaitu bangunan kedua tertinggi selepas Wisma MAA di bandar ini.
Dengan harga dikenakan lebih murah berbanding di premis lain, Singapore Street bukan saja menjadi tumpuan peniaga kecil, pasar malam malah suri rumah tangga.
Disebabkan bekalan yang pelbagai, pelanggannya juga terdiri daripada pelbagai bangsa, tidak kira had umur, yang kecil, tua dan muda, setiap hari tertumpu di premis perniagaan di situ bagi mendapatkan barangan yang mereka inginkan.
Walaupun banyak pusat beli-belah moden dibina di bandar ini, Singapore Street tetap menjadi pilihan orang ramai lantaran pelbagai barangan yang mudah diperoleh di situ, hingga ada kalanya peniaga di situ tidak cukup tangan melayani pelanggan -Sumber Asal Metro 14/12/2012-

No comments:
Post a Comment