Friday, 14 December 2012

5 Perkara Wanita Perlu Tahu Tentang Lelaki


Gambar Aaron Aziz Sekadar Hiasan

Emm.. Kadang-Kadang Kita Tak Faham Betullah Pasal Lelaki Ni Kan .. Ish.. Haa.. Ni Entry Saya Yang Terbaru Yang Saya Dapat Di Majalah Remaja Karangkaf Yang Ditulis Oleh Farah Wahidah Shol Hadli Bertarikh 13 Disember 2012 .. Harap Ia Berguna Kepada Wanita Di Luar Sana ;)


1. Cerewet
Cerewet bukan sahaja sikap yang ada pada Si Gadis. Namun, adakalanya lelaki boleh menjadi seorang yang sangat cerewet. Contohnya dalam soal membeli-belah. Walaupun mereka jarang membeli belah, namun apabila mereka membeli sesuatu, mereka memerlukan masa yang panjang untuk membuat pemilihan barang yang ingin dibeli. Adakalanya mereka akan melakukan survey terlebih dahulu kerana mereka akan memastikan barang yang dibeli itu adalah benar-benar berbaloi dan memuaskan hati.

2. Cinta
Sikap playboy selalu dikaitkan dengan seorang lelaki yang kerap bertukar-tukar pasangan. Namun, tahukah kamu bahawa mereka juga hakikatnya adalah seorang insan yang memerlukan cinta sejati? Walaupun dia seorang yang dilihat sebagai seorang playboy, namun  mereka pasti akan mencari cinta sejati sebagai pasangan hidup. Buat gadis diluar sana, jangan terlalu mencuba untuk menjadi orang lain semata-mata ingin meraih hati si Jejaka kerana cinta sejati adalah daripada dirimu sendiri.

3. Perlukan Masa
Apabila seorang lelaki memberitahumu bahawa dia memerlukan masa, maka percayalah bahawa dia benar-benar memerlukan masa dalam membuat sesuatu keputusan. Jangan terlalu mendesak kerana ianya akan membuatkan dia lebih jauh dari kamu.

4. Berterus Terang
Lelaki sukar untuk membaca maksud pergerakan atau  perkara terselindung yang ingin disampaikan.Sikap gadis biasanya malu untuk berterus terang dan sering memberikan ‘hint’ untuk menyampaikan sesuatu perkara. Namun, bukan semua lelaki dapat memahaminya. Oleh itu, lebih baik berterus-terang kepada lelaki, daripada kamu yang sakit hati apabila tiada reaction dari Si Dia!

5. Perhatian
Lelaki biasanya sukar untuk berkongsi masalahnya bersama gadis. Namun, apabila seorang lelaki mula membuka bicara tentang masalahnya, maka dia benar-benar menginginkan kamu memberikan perhatian kepada dirinya. Dia menginginkan seseorang yang boleh dipercayai, menjadi pendengar yang baik, nasihat dan dapat bersama-samanya apabila dia sedang berada di dalam kesukaran

No comments:

Post a Comment